We all want the same thing. We want this.
Rindunya. Rindu gatherings besar besaran. Rindu dapat berkumpul ramai ramai. Rindu tak perlu pakai mask dan tak risau. Rindu dapat ziarah rumah ke rumah. Rindu dapat hugs dan salam cium tangan. Banyak yang kita rindukan. Mesti masih segar lagi kenangan tahun tahun sebelum ni kan? Dapat tengok bola ramai ramai di Stadium, dapat travel, dapat solat jemaah hari hari di Masjid, MashaAllah. Rindunya.
Tapi kita masih disini, makin risau. Makin berhati hati. Makin berjaga jaga. Daripada satu lapis mask, terus upgrade double mask dan face shield! Buang tepi rasa marah. Rasa marah tak menjamin kes turun. We are all in this together. 💞
Daftar vaksin segera! Kita boleh kembali seperti dulu! Kita boleh jadi seperti negara negara yg bebas Covid. Kalau tahun lepas pernah capai single digit, tak mustahil kita boleh capai lagi! Usaha bukan pada seorang sahaja tapi seluruh rakyat Malaysia. Usaha bukan pada frontliners sahaja tapi KITA semua.
Vaksin AZ dibuka kepada semua berumur 18 tahun hingga 60 tahun bermula 26 Mei jam 12 tgh hari. Lakukan tanggungjawab kita sekarang. Kalau bukan kita yg perlu jaga diri kita, siapa lagi? #kitajagakita
🇲🇾🇲🇾🇲🇾